Wednesday, September 30, 2009

Bela Angsa kat belakang umah....

Angsa boleh dibela di halaman rumah













Belakang umah saya bela angsa. Tapi bela dalam reban berpagar takut disondol babi hutan. Bagus bela angsa ni... macam CCTV. Bila orang datang je dia jerit2...kuang2.. haha... Tahukah anda bahawa angsa yang dibela sejak kecik tak sudu tuan dia? Malah lebih manja dari kucing... tapi angsa jantan je la.. angsa betina biasa jek

Jenis2 Angsa


Macam2 jenis angsa yang ada... contoh mcm kat bawah ni. Yang biasa kita tgk orang bela Angsa Cina ngan AngsaEmbden. Saya bela Angsa Cina. Dulu beli anak dia baru RM 150 sepasang.

Angsa ToulouseAngsa EmbdenAngsa Afrika
Angsa Toulouse Angsa Embden Angsa Afrika

Angsa PilgrimAngsa ChinaAngsa Norwegia
Angsa Pilgrim Angsa China Angsa Norwegia

Reban dan peralatan













Reban angsa seelok2nya 1x1 meter setiap 1 ekor angsa. ruang reban berpagar buat la besar sikit dalam 3 ke 4 x 1 meter. Angsa ni bukan buleh lepak dalam Reban lama2. lepas je kat belakang umah. kalo rumput panjang, biar angsa yang bereskan. nescaya kurang kos mesin@racun rumput kat belakang umah.

Memberi makan














Angsa senang je bagi makan. bagi le dedak kalo rajin beli. kalo malas, nasik lebih2 makan pon buleh. Kalo lepas kt halaman umah, Angsa ni mmg suka makan rumput. tapi bagi yang nak komersil, ada cara bagi makan. makanan angsa mesti ada dalam 15% protein + vitamin bagi dalam 2 x sehari. nak lebih kompleks ada macam jadual ni ha...

Komposisi bahanStarterGrower-Finisher(Range)
Ground yellow corn1520
Ground barley2025
Ground oats2025
Meat scrap (50%)23
Soybean oil meal (47%)21,54
Dried whey2-
Dehidrated alfalfa meal (17%)3-
Dicalcium phosphate0,5-
Iodized salt11
TOTAL100100
Tambahan:

Riboflavin2 gram/ton-
Niacin20 gram/ton-
Vitamin B126 miligram/ton-



Pembiakan













Angsa biasanya org bela sepasang dari kecik. ada yang 1 jantan 2 betina. ada yang nak wat komersil pakai 1 : 5 (1 jantan 5 betina) tapi yang paling baik, biar la angsa tu pilih jodoh dia sendiri.